Tinggalkan link anda

Monday, May 21, 2018

Hai u allz

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lama nya tak post dalam blog last sekali 2012 .
Tunggu Google adsense aktif, pagi ni check dah boleh dah.
Terima kasih bersyukur.

Pls Share this .

Tuesday, April 17, 2012

Mintak Tolong

Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Saya ni ada kemusyikilan,nak tanya pada korang semua pasal Forex. Ada sesiapa yang berpengalam dan ada benda kene mengena dengan Forex. Tolong share dengan saya,saya nak tau.

Betul ke boleh sampai jadi senang,mewah dan bergaya. Sampaikan ada yang sangup berhenti kerja di sebabkan Forex ini.

So tolong la share dan breif saya ye,pertolong dan bantuan ada amat saya hargai..

TQ

Wednesday, March 28, 2012

Assalamualaikum,


Dah lama rasanya tak meletakkan apa-apa dalam saya punya blog ni. So macam mana semua ok ke ?
saya disini ok je. Rasa bosan pun ada heh apa nak buat ini lah di namakan kehidupan.

Pada bulan 2,2012 saya kehilangan Bapa mertua saya. Sedih sungguh rasanya hati ini.setelah dia tiada baru la rasa macam-macam nak diluahkan dengan kata. Tapi apakan daya semua sudah terlambat ,sekarang hanya mampu berdoa sahaja. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Sekarang semua terletak di tangan saya, rasa beban pun ada sebab saya kahwin dengan anak tungal ,tapi takpe Keep it stedy je la.

So sesiapa yang masih ada mak dan ayah sayangila mereka bagaimana mereka sayang kita masa kecik dahulu. Bila sudah tiada ,apa pun dah tak bleh . Setiap kali bangun pagi sedekahkan la Al-fatihah kepada kedua orang tua kita tak kira yang hidup atau pun sudah tiada. Sebab salah satu amalan yang boleh dibawa di alam kubur ialah doa anak-anak yang soleh. So jgn lupa tu . Hendak membalas jasa  mereka memang tak mampu. So sekian sahaja la dari saya ye. nanti saya post lagi ok . SEE U ALL

bye

Saturday, January 28, 2012

Lembu Nak Jaga (Moves Like Jagger Parody). #LNJparody


salam kawan2 mari la kita sama2 layan lagu ni di hari sabtu yang in dah ini . hehehehehe
kelakar kelakar

Macam mana nak buat ni?

Salam kawan2 ku semua, macam mana nak buat ni SHOUT MIX sudah di hentikan.mengapa la buat begitu.
sudah lama kita bersama akhirnya terpaksa jua aku delete.


nak  tanya korang bloger semua sekarang ni korang dah tak SM korang pakai apa? saja nak tau sebab den pun dah lama tak on line.asik sibuk je.baru bukak je tibe2 SM tak leh pakai,, sedihnya . Azam baru asik jadi azam je.sapa nama azam bagus la .


so akhir kata dari saya harap semua ok.

Saturday, November 5, 2011

Peristiwa yang lucu


SAMSUNG GALAXY S2

Hai geng, gua nak cerita best n kelakar dan ada kene mengena pasal handphone ni.

Satu hari kami berjalan di Digital Mall, saja je nak cuci mata, tengok cd, games dan macam-macam la pasal xsosories computer dan barangan lain-lain. Dari tingkat bawah sampai la atas dan dari atas turun kebawah. bukan nak beli apa-apa pun saja je nak cuci mata.

kejadian terjadi apa bila kami nak keluar dari Digital Mall, dari xcoletor kami lihat ada promosi handphone terbaru iaitu  SAMSUNG GALAXY S2. Setelah kami berempat turun dan apalagi terus ke booth promosi. Kami pun apa lagi belek membelek la telefon yang di gari di situ . hanya guna kan hujung jari je. Memang sempoi. Kene la dengan jiwa tapi tak kene dengan wang simpanan yang ada. Kalau boleh mintak KWSP tak pe la jugak. Senang je cakap.

Aku dan member aku pun bermuncung-mucung mulut "wah,oh,wow" sebab kagum. Dah la nipis canggih lak tu. tengah best layan hand phone tu ,tiba-tiba member aku yang lagi satu pun tanya la apek yang jaga situ.

member aku : " apek yang ni apa best "
member aku tanya dengan gaya poyonya. Kami pun tercengang la dan menunggu jawapan dari apek tu.

apek : "Ini hand phone u beli dulu, u sudah beli nanti u boleh terbang"
apek tu jawap dengan selambanya sambil tersenyum kambing.

member aku ni pun tercengang terpingga-pingga. Dengar je jawapan tu kami pun apa lagi tergelak besau . member aku yang poyo tu apa lagi malu la dia dan kami pun beredar dari situ dengan hati masih mengeletek.


Moral of the story tanya la soalan yang betul kalau tidak kita balik yang kene .hehehehe

tq







Friday, November 4, 2011

My Little One's Wardrobe: T-Shirt Cartoon

My Little One's Wardrobe: T-Shirt Cartoon:

READY STOCK GRAB NOW KOLEKSI T-SHIRT BOY & GIRL RETAIL- RM 25 WHOLESALE- RM19 TSMN01 Size 95, 100, 110, 120, 130, 140 TSMC0...

Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya


Saya dan sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua warga islam di seluruh dunia. Diatas kesempatan ini saya memohon maaf atas segala keterlaluan atau terkasar bahasa. Dulu main meriam buluh sekarang ni main mercun POP je sebab itu je yang selamat untuk anak2 saya hehehehe.

So jaga diri ye,kepada pemandu di jalan raya berhati-hati la dan ingat la pada yang tersayang. Kepada pemain2 meriam dan mercun buatan atau dah buat jada la jari anda ye esok orang elok-elok leh kira sepuluh hang tak cukup lak. hehehehehe

Kes pasal duit raya gua dah susut nilai ni . Hari Raya ni jangan la berbelanja melampau-lampau .Berpada-pada la ye ingat sapa yang makan gaji tu ......... gaji lambat lagi hehehehe.

So Selamat Hari Raya ye Maaf Zahir dan Batin

Bye

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...